Perpustakaan desa kampung melayu Niyor adalah Perpustakaandesa yang pertama ditubuhkan di bawah projek khas Kerajaan Persekutuan tahun 2005 bagi memperluaskan perkhidmatan perpustakaan luar bandar di seluruh malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia telah dipertanggungjawab menubuhkan 200 PerpustakaanDesa di seluruh negara dengan mengubahsuai premis awam yang sedia ada,lengkap dengan perabot,koleksi buku dan kemudahan internet. Perpustakaan Desa Kampung Melayu Niyor ditempatkan di balairaya Kampung Melayu Niyor, Kluang.
Objektif penubuhan Perpustakaan Desa ialah untuk menggalakkan budaya membaca serta menangani jurang ilmu di kalangan pelajar dan masyarakat luar bandar.