SEJARAH KAMPUNG

Kampung Melayu Niyor adalah sebuah kampung tersusun yang telah dibuka pada tahun 1960an. Sebelum itu, para penduduk asalnya tinggal berselerak di kawasan kebun getah yang dinamakan Kampung Degong. Semasa darurat penduduk kampung ini telah disatukan dan ditempatkan di Ladang CEP Niyor.

Setelah ancaman Komunis tamat, kerajaan telah menempatkan mereka di penempatan baru, kawasan berhampiran stesen Keretapi Niyor seluas 10 ekar untuk dijadikan lot perumahan dan dinamakan Kampung Melayu Niyor.

Nama Niyor diambil bersempena dengan terdapatnya banyak pokok niyur di kampung ini.